Wednesday, October 13, 2010

nilai duit kertas..

assalamualikum..smentara waktu rehat ni..menyempat-nyempatkan la diri nk taip kt blog ni..
sebagai kesedaran sesama kita untuk menjana ekonomi sendiri yang terpelihara..so pada kali ni saya nk cerita sedikit pengetahuan yang saya perolehi semasa hadir ke seminar pelaburan emas..erm..
al-kisah...

Apakah keistimewaan emas? Mengapa emas (dan perak) merupakan matawang yang terunggul dan aset yang terbaik untuk manusia? Semakin saya memahami tentang emas dan perak, semakin kuat rasa nak berkongsi ilmu ini dengan semua orang.

Jika anda mengetahui rahsia emas, saya gerenti minda anda akan berubah. Cara anda melihat sistem kewangan, konsep wang sekarang dan pelaburan zaman moden ini akan berubah seratus peratus.
Kesedaran saya bermula apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh public gold dan sebagai assayer, En.syukor hasyim dan senior-senior yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini..
Daripada program berkenaan, saya mendapat pendedahan terutama mengenai konsep wang dan kekayaan yang sebenar.

Wang kertas yang digunapakai di dalam sistem kewangan sekarang bukanlah wang pada erti kata sebenar. Dalam keadaan perperangan, kemelesetan ekonomi dan inflasi maka wang kertas akan terjejas teruk. Mungkin akan hilang terus nilainya. Tak berguna.

Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah pada wang kertas, tetapi pada emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan juga tanam-tanaman.
Wang kertas, boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin dan menghilangkan nilainya akan tetapi jika anda memiliki emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan tanam-tanaman maka ia tidak boleh dimanipulasikan. Inilah kekayaan sebenar.

Ini bukanlah laman web yang menyokong skim cepat kaya atau nak recommend mana-mana pelaburan internet, matrik, sumbangan ikhlas. Saya amat tidak menyokong program-program berbentuk sedemikian kerana akan merugikan wang anda.

Jauhi skim cepat kaya atau pelaburan internet.
Jadi, mulai saat ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda…
apakah kekayaan sebenarnya…

jana untung dengan emas..mari kita sama-sama menikmati nilai sebenar kehidupan..

No comments:

Post a Comment