Thursday, February 16, 2012

simpan,simpan,simpan wahai adik-adik ku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua=)
Semoga anda mula atau berterusan menyimpan aset terunggul yakni EMAS!

Posting kali ini aku nak berkongsi sedikit cara yg aku rasa ianya agak praktikal untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah..

Sambung belajar merupakan satu perkara yg baik untuk masa depan anda.Secara zahirnya,tujuan untuk sambung belajar adalah untuk meningkatkan taraf hidup kepada yg lebih baik lagi selesa dengan adanya perubahan tangga gaji.Namun pastikan tujuan ini bukanlah tujuan utama dan pertama anda sambung belajar.Tujuan yg utama dan pertama ialah ilmu yg didapati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti mahupun kolej.






Ada mereka sambung belajar dengan berhutang dan tidak berhutang.Berhutang ada dua jenis iaitu :
  1. Hutang yg baik : sambung belajar ke peringkat tinggi,beli rumah, tanah dll
  2. Hutang yg buruk : menukar kereta yg sedia ada kepada kereta yg lebih mewah,sentiasa update telefon dari masa ke semasa, membayar hutang yg lain (gali lubang baru) dll
Tahniah! Anda berada no 1.Hutang yg baik yg mana ianya akan memberi pulangan untuk jangka masa panjang.Kebanyakkan mereka yg kurang berkemampuan,pastinya akan berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), MARA, dll..Namun apakah cukup dengan duit PT tuh?

"Bapa sen yg tinggal kalau tolak duit yuran,hostell,buku,dll..aisehh..kering poket aku"

"Habis duit PT aku..makan mee segera la jawab nyerr"

Itu adalah keluhan-keluhan yg kerap kali kita dengar.Namun,apakah duit PTPTN yg anda dapat akan terus habis setelah tolak itu ini?Pasti ada lebihkan?Mustahil PTPTN bagi tidak lepas duit yuran..Paksakan diri anda untuk SIMPAN!

"Ala,kalu simpan pon,lum tentu boleh bertahan lama..korek jugak nanti"

"Bukan senang nak simpan.Macam-macam nak kena bayar"

Itu semua adalah ALASAN! Sekali lagi, ALASAN! Nak simpan atau tak nak? Itu je sebenarnya..Nak ke,tak nak? Kalu nak,bagus! Anda tidak memberikan alasan.Tapi,jika tak nak, anda mencipta alasan..Apa salahnya simpan sedikit duit yg dapat..takkan sedikit tak bolehkan? Kalau anda boleh simpan RM660 lagi bagus..banyak lagi baik..tiada masalah.Bagi mereka yg suka berboros beli barang2 untuk aksesori laptop anda.Aku cadangkan ketepikan duit sikit untuk beli 1 Dinar Putra.Harga dia lebih kurang RM600 lebih..Bila duit da ditukarkan kepada EMAS,korang pasti susah nak pakai duit untuk beli barang pasal kedai terima RM je..

Amacam? Ada barani saudara dan saudari sekalian?

Bayangkan anda konsinten beli 1 semester 1 Dinar sehinggalah habis belajar (12 semester),anda da ada 12 Dinar! Sekali lagi ulangan suara,anda sudah ada 12 Dinar!!! 

No comments:

Post a Comment