Saturday, October 30, 2010

kesedaran kita untuk semua

1. WANG KERTAS
-Secara ringkasnya seperti yg kita ketahui nilai wang kertas saban hari semakin susut nilainya. mengapa ia terjadi? ini disebabkan apabila kos sara hidup meningkat kuasa membeli kita menjadi lemah.  Apa yg menyebabkan kos sara hidup meningkat dan kuasa membeli menjadi lemah?? Secara umumnya apabila permintaan melebihi tawaran harga akan meningkat. Nilai wang kertas pula akan menjadi lemah kerana permintaan yang semakin tinggi.

sebagai contoh apabila kerajaan membina PROJEK-PROJEK MEGA.. maka di situ akan berlaku permintaan yang tinggi. Ini kerana kita memerlukan kepelbagaian keperluan untuk menjayakan sesuatu projek CONTOHNYA BANGUNAN 100 TINGKAT. untuk membeli segala keperluan itu sudah pastinya memerlukan wang kertas yang banyak. Secara tidak langsung ini menyebabkan kos sara hidup akan turut meningkat. Walaupun kita mengandaikan sesuatu boleh dilakukan bagi mengekang drpd kos sara hidup terus meningkat tetapi  secara realiti ini tidak akan berlaku sebagaimana kita tidak mampu mengawal kenaikan harga barang.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkat kan nilai wang kertas kita?? JAWAPANNYA HANYA DENGAN KITA MENUKARKAN SIMPANAN WANG KERTAS KITA KEPADA EMAS DAN PERAK.

Cuba anda bayangkan bagaimana kerajaan mampu membina dan menjalankan projek2 mega untuk membangunkan negara.. daripada mana sumber kewangannya?? Ya betul sudah tentu daripada duit rakyat, duit cukai yg dibayar Dan yg utama adalah Duit daripada pelaburan rakyat @ pelabur asing yg di bawa masuk. Semua ini memerlukan investor atau pelaburx2 yg melambakkan duit mereka kepada saham2, sekuriti dan bond kerajaan.

Sebenarnya semua ini masih terkawal jika kerajaan tidak terlalu ekstrem untuk membangunkan negara dengan berkadaran setanding dgn ekonomi rakyat keseluruhan. Kita mengandaikan mrka akan membantu rakyat yg kesusahan ttpi hakikatnya keadaan itu hanya menguntungkan pihak yg ada dan mempunyai kepentingan. Dengan istilah ringkasnya yg kaya akan terus kaya. Yang tertinggal akan terus ketinggalan. Yang dibantu hanya sekadar "batuk di tangga" bgi lunak dibicarakan dan dipratontonkan.

Sekarang saya sudah perjelaskan secara ringkas kepada tuan/puan semua bagaimana duit yg kita simpan di dalam ASB amnya akhirnya menjadi senjata makan tuan kerana tempias kos sara hidup yang meningkat disebabkan dimanupulasikan oleh kerajaan untuk membangunkan negara secara ekstrem.

FAEDAH MENYIMPAN EMAS

Apabila kita menukarkan simpanan wang kertas kepada emas nilai wang kertas kita akan bertambah. Ini kerana wang kertas menjadi kurang permintaan.Apabila permintaan terhadap wang kertas berkurangan maka nilainya akan semakin tinggi. Harga emas pula akan meningkat kerana permintaan yg semakin tinggi. Mengapa emas tidak turun nilainya seperti wang kertas?? Ini kerana emas tidak boleh dimanupulasi, dicetak sesuka hati dan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Emas adalah suatu ciptaan Allah yang sgt unik, cantik dan tahan lasak hingga ke akhir zaman.

Secara AMnya apabila simpanan emas melebihi daripada simpanan wang kertas kuasa membeli pengguna akan meningkat. Namun demikian ekonomi dan pembangunan negara akan menjadi perlahan. Ini disebabkan pengguna akan lebih bnyk menukarkan wang kertas untuk membeli emas dan barangan pula menjadi semakin murah disebabkan nilai mata wang yang meningkat. Harga barang sukar untuk dimanupulasikan. Kerajaan pula tidak dpt membina PROJEK-PROJEK MEGA secara eksterim kerana kekurangan Dana daripada Pelabur meyebabkan permintaan pasaran kurang. Apabila permintaan kurang, pasaran akan berlebihan menjadikan harga lebih kompetitif dan murah. BUKAN KAH SEMUA INI  MENGUNTUNGKAN KITA SEMUA sebagai rakyat.

Sebenarnya jika berlaku peningkatan KOS SARA HIDUP tidak perlulah kita menyalahkan kerajaan. KERANA kita sendiri yang memilih untuk hidup in HIGH LIVING COST. KERAJAAN hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan negara walaupun kesannya kos sara hidup akan meningkat. Jadi rakyat perlu berkorban dan bersedia mencari alternatif untuk surviving living supaya tidak bergantung kepada kerajaan lagi. Lebih2 lagi subsidi semua akan dihapuskan demi mengejar dan meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara.Maksudnya kita sekrang berada dalam abad surivival living. Siapa pandai ambil peluang dia akan berada di atas dan hidup senang.

KESIMPULANNYA
Kita sebenarnya mampu utk MENGUBAH EKONOMI dan MEMBANTU mereka yang kurang berkemampuan dengan kita membeli emas bagi yang berkemampuan.Menukar segala bentuk simpanan wang kertas kepada emas fizikal. Semua ini kan memberi kesan yang besar jika kita semua melaksanakannya

Namun demikian jika kita rasakan itu bukan tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan kita mampu, sanggup dan rela hidup dalam HIGH LIVING COST = HIGH INCOME MONEY. Maka teruskanlah melabur dalam wang kertas. Kerana itu bukan masalah kita. Yang penting diri kita bukan?? Namun bagi yang ada hati dan timbang rasa inilah caranya bagaimana kita dan membantu sesama kita. Bukan sekadar kita dpt memberi dan meningkatkan kuasa membeli kepada semua malah kita dapat lebih membersihkan hati kita dengan zakat emas yang dikeluarkan. Bayangkan berapa bnyk zakat emas yg akan dikeluarkan jika semua menyimpan emas dan emas pula harga sentiasa meningkat..insya'Allah masalah kemiskinan dapat di atasi. Semua akan hidup dalam selesa dan aman. Walaupun mungkin ekonomi dan pembangunan agak perlahan.

Dan 'Ingatlah DUIT KITA, HAK KITA DAN KUASA DI TANGAN KITA... BUATLAH PILIHAN KERANA ANDA YANG MENENTUKAN.

** NOTA INI BUKAN UNTUK PROVOKE KERAJAAN HANYA UNTUK MEMBUKA MATA DAN MINDA BAGI MEREKA YANG MAHU TERIMA.

Thursday, October 28, 2010

kenapa kita perlu menyimpan emas....?

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
Mengapa kita perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM130 segram!! kalau emas 999.9?? lagi maksimummmm..
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2010? RM 5 sehari pun tidak cukup..
4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Tuesday, October 26, 2010

SEDIH LA WEI....

G20 DAH BRSIDANG.HASILNYA HARGA MINYAK TURUN KE $82 SETONG.TP YG TAK BESTNYE HARGA EMAS NI YG TAK NK BAGI CAN UTK TURUN.HAMPEHH....DISEBABKN INILAH 3 PELOMBONG UTAMA DUNIA AKAN MENGANDAKAN PRODUCTION DORANG START THN DPN.1 KT CANADA,1 KT AUSTRALIA 1 LG KT AFRIKA.NI SUME GARA2 DEMAND FOR INDUSTRIAL DI CHINA.ABES 1 DUNIA PANIC.WEI AKU PN NK BELI EMAS JUGAK JGN LA BORONG SUME WEI!!

Saturday, October 23, 2010

Kenapa harga emas dikedai emas terlalu mahal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria semua.Saya disini Alhamdulillah sihat sahaja.Baiklah, untuk pengetahuan anda semua antara soalan favourite yang selalu  ditanya oleh pembaca ialah mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas  di Malaysia.Kenapa harga emas antara satu penjual dengan penjual lain berbeza?Kenapa harga emas kat dalam TV3 dan dalam suratkhabar lebih murah daripada  harga emas di Maybank, Public Bank, Public Gold atau kedai emas?.Jadi untuk posting kali ini saya akan berkongsi maklumat dengan anda  mengenai harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.Harga emas di Malaysia dan Dunia.Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan  kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga  emas di Malaysia.Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas  di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga  emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan  kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyerGambar: Harga kat kedai emas lambat berubah.. kekadang ambil masa  berminggu-minggu.Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya  Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga  emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari  sekali.Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di  Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.Harga emas bukan harga kawalan.Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas  ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu  penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap  pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan,  penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi.  Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas  pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini  dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas  di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).http://goldprice.org/gold-price-malaysia.htmlSelain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih  baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di  dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:1. Harga emas di dalam USD2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.Mari kita lihat dengan terperinci:Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun  sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia.  Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.USD makin lemah, RM semakin kuat.Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak.Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda  boleh menggunakan kaedah ini:1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com2. Dapatkan kadar pertukaran USD - RM di laman web Bank Negara Malaysia.Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.htmlAnda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah  USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10  gram).Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian  exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629Selepas itu kita boleh buat pengiraan:Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti  berikut:(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram= RM3850.39 / 31.1 gram= RM123.80 / gramJadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas  semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di  Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas  di atas harga spot gold)Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi  lain contohnya1. Harga Harian Syiling Kijang Emas2. Harga Emas Public Fine Go

Wednesday, October 20, 2010

hubungan minyak,inflasi dan emas.

Minyak, Inflasi dan Emas

Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.

bekalan dan permintaan
Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.

Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.

China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

perhatian!!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera,diharap semua dalam keaadaan baik hendaknya.Di sini saya nak menerangkan serba sedikit tentang kelebihan Ar-Rahnu bagi pembeli emas,dinar emas,public gold dan jongkong2 emas yang lain.

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.

2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9(RM159.10segram) TERKINI!!

3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang

4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.

5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas   (bagi 70% pinjaman)


Dengan kemudahan yang pihak Ar-rahnu - Agrobank adakan nie..kite bole meMULTIPLYkan dengan emas yang kite ada supaya boleh mendapatkan emas lagi..('',)

Monday, October 18, 2010

Untung nyerrrrrrr bila ada emas...

aha..biasa nyer topik ni paling rmai orang nak tau..biasa la nk untung..sape nak rugi.ok lah malas nak ctr banyak..contoh dengan bermodalkan rm20,000

Pada awal tahun mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal. 


so,ini hanyalah pengiraan setahun..just nk bndingkan dengan ASB yang makan tahun..but emas ni ada time jatuh ada time naik..time naik sebenarnyer kita da boleh kuarkan keuntungan.maksudnyer tak payah la tunggu setahun..=)


ini adalah contoh pengiraan emas berdasarkan kenaikan 37%..purata sebenar mengikut sejarah 10 tahun adalah 27%.Tetapi pada tahun 2009 keuntungan emas adalah 40%...


bandingkan cara ini dengan asb..
ASB bagi 8-10% setahun..cikit o banyak??hmm lu pikirlah sendiri...
so selamat melabur..
tak faham lagi??nak tau cara lain maksimummmmm keuntungan emas??nak maksima kan keuntugan..??


k nantikan post yang seteusnyer...=)

EMASDUNIA...nilai..

assalamualaikum pakcik2 makcik2 abg2 adik2 kakak2..
secara jujur dan senang hati nyer saya  kerana dapat menulis blog ni..saya bersama abang saya fathizia rafiq akan terus menerngkan,memperjuangkan,menyampaikan info tentang kebaikan,kegunaan,kelebihan,keupayaan,keotaian emas yang secara jujur nyer memang kita tahu bahawa telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi.


Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut. Emas digunakan sebagaipiawaia mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, dan elektronik. 



Nilai

Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. 
zaman kini,rata2 diantara kita  tahu bahawa emas ini adalah kom uditi yang paling berharga..tetapi mereka tidak berani menukarkan wang mereka kepada bentuk emas fizikal..mereka terus menerus mahu menggunakan wang kertas yang semakin susut nilai nya.Sedarlah maklumat ini bukan untuk di reka2 tetapi sebagai persediaan kita dihari2 mendatang..
bayangkan apabila kita baru menyedari kekuatan,kelebihan nilai emas pada masa akan datang.tiada rasa rugi kah kita??apa yang anda rasa pada masa itu telah pon saya lalui..outomatik terfikir kenapa la tak beli masa 2..kenapa..kenapa..kenapa..but tiada guna nya merenung apa yang telah lepas..tidak kira dimana kita sedar berubah fikiran dengan menukar "wang kertas" kepada "bentuk emas"

Wednesday, October 13, 2010

nilai duit kertas..

assalamualikum..smentara waktu rehat ni..menyempat-nyempatkan la diri nk taip kt blog ni..
sebagai kesedaran sesama kita untuk menjana ekonomi sendiri yang terpelihara..so pada kali ni saya nk cerita sedikit pengetahuan yang saya perolehi semasa hadir ke seminar pelaburan emas..erm..
al-kisah...

Apakah keistimewaan emas? Mengapa emas (dan perak) merupakan matawang yang terunggul dan aset yang terbaik untuk manusia? Semakin saya memahami tentang emas dan perak, semakin kuat rasa nak berkongsi ilmu ini dengan semua orang.

Jika anda mengetahui rahsia emas, saya gerenti minda anda akan berubah. Cara anda melihat sistem kewangan, konsep wang sekarang dan pelaburan zaman moden ini akan berubah seratus peratus.
Kesedaran saya bermula apabila saya menghadiri satu program yang dianjurkan oleh public gold dan sebagai assayer, En.syukor hasyim dan senior-senior yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini..
Daripada program berkenaan, saya mendapat pendedahan terutama mengenai konsep wang dan kekayaan yang sebenar.

Wang kertas yang digunapakai di dalam sistem kewangan sekarang bukanlah wang pada erti kata sebenar. Dalam keadaan perperangan, kemelesetan ekonomi dan inflasi maka wang kertas akan terjejas teruk. Mungkin akan hilang terus nilainya. Tak berguna.

Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah pada wang kertas, tetapi pada emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan juga tanam-tanaman.
Wang kertas, boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin dan menghilangkan nilainya akan tetapi jika anda memiliki emas, perak, hartanah yang diusahakan, ternakan dan tanam-tanaman maka ia tidak boleh dimanipulasikan. Inilah kekayaan sebenar.

Ini bukanlah laman web yang menyokong skim cepat kaya atau nak recommend mana-mana pelaburan internet, matrik, sumbangan ikhlas. Saya amat tidak menyokong program-program berbentuk sedemikian kerana akan merugikan wang anda.

Jauhi skim cepat kaya atau pelaburan internet.
Jadi, mulai saat ini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda…
apakah kekayaan sebenarnya…

jana untung dengan emas..mari kita sama-sama menikmati nilai sebenar kehidupan..

Tuesday, October 12, 2010

FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS


Salam untuk semua pembaca.
Sekarang saya ingin berkongsi satu topik yang menarik
Tajuknya: Apakah faktor yang mempengaruhi harga emas dunia?

Topik ini huraiannya sangat panjang, tapi saya ringkaskan untuk memberi kefahaman kepada anda semua.
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.

Permintaan emas di pasaran dunia.

Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Gambar: Carta permintaan terhadap emas di pasaran.Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/
Permintaan  pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di pasaran dunia. 

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Untuk pengetahuan anda semua, terdapat empat pasaran utama/terbesar emas didunia iaitu London, New York, Hong Kong dan Zurich (Switzerland).
Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat kat www.kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Ok, Kalau anda ingin tahu bagaimana harga emas harian dibuka untuk dagangan, ini ceritanya…
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Ok, itu sahaja maklumat berkenaan faktor yang mempengaruhi harga emas. Jika ada soalan, sila letakkan di bahagian komen

Monday, October 11, 2010

CALL / SMS US 019-6888985 / 013-33907789

 Sma2 la kita hapuskn kapitalis dan juangkn dinar selagi kita mampu.amin.

UTK MILIKI DINAR SILA RUJUK HARGA PASARAN SEMASA DI SEBELAH

JANA EMAS UNTUK EMAS



TEKNIK : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya
    Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)

2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)

3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.

4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Sunday, October 10, 2010

terrrrbaik melabur dengan emas..berrrrbaloi-baloi..

assalamualaikum..alhamdulillah semakin rmai myedari bergunanye emas pada satu hari nanti.Kesedareaan pada usia muda adalah satu keuntungn pada diri kita sendiri bkn pada orang lain.Sememgnye pandangan manusia itu berbeza-beza but still boleh berubah..=) kenapa sekarang baru kita sedar??kenapa tidak dari dulu??
kita sendiri lah yang mencorakkan warna warni kehidupan kita didunia yang penuh dengan cobaan ni..
adakah kita memilih untuk menanggung beban pada satu hari nanti??manakan harta yang dapat membantu kita  kelak?sedarlah yang duit hari2 ktr semakin tiada nilainye..RM10 dapat apa je..sekarang tu!!thn2 akn datang ntah apa la jadi dengan RM10 tuuu..so yang dapat menyelamatkan ktr adalah simpanan.. emas,dinar tanah kamu..

BENEFIT nye dengan emas yg kita ada?? 
bagi satu contoh la erk..bayak sangat kot..tp bagi la satu..=)

lats say la ajid nak kawin dalam 3 tahun lagi..('',) paling2 cikit nak kwin sekarang ni RM10,000 oooo..2 pon da kire cikai..kn2..tp tu la dunia..ok,ajid beli 50gram emas public gold 999 dengan harga RM7500..(harga sekarang).
dengan kenaikan 27% setahun nilai 50g tu akn berganda-ganda..pada kiraan ajid akn jd RM15076
dengan nilai berat emas yang sama still 50gram but nilai duit nye jauh sama skali dengan 3 tahun sebelumnye..

ok mcm mane ajid kire??
27% setahun

thn pertama ajid simpan
0.27 x RM7500 = rm2025 (banyak gak..tp lagi lame lagiiiii bayak..)
nilai emas ajid 50g pada thn itu telah meningkat menjadi RM7500 + RM2025 = RM9525

thn ke-2 lak
0.27 x Rm9525 = RM2571.70
nilai emas ajid 50g pada thn itu telah meningkat menjadi RM9525+ RM2571 = RM 12096

tahun ke-3 lak
0.27 x RM12096 = RM 3266
nilai emas ajid 50g pada thn itu telah meningkat menjadi RM12096+ RM3266 = RM 15362.12

kre untung..RM15362- RM7500= RM 7862..
wa..sekali ganda..da boleh cover kenduri..=) baru la bijak wang..
pada mulanye simpan tuk kawin je tapi sedar xsedar da gemuk emas tuuu..=) hehehe

cube lak ajid nak simpan RM7,500 kat asb tuk kawin nanti..macam ktr sendiri maklum dari mak abah ktr  sendiri.cakap.Diorang cakap 8-10% setahun..paling2 byk pon dapat sekali bonus+10% dari rm7500 hanya lah RM750..tambah bonus dapatla dpt la RM800 setahun..so setahun simpan dalam asb ada la lebih kurang rm8000..kalau 3 tahun paling2 kuat pon xlebih RM10,000

baik buruk sume ini anda sendiri tentukan..8-10% atau 20-30% setahun..

so orang tanye ajid bile nak beli emas ni jid..
ajid jawap.....bila anda ada duit..bila anda ada duit..bila anda ada duit...('',)

harga emas tak tunggu anda......................akan naik,naik,naik n naik..up2 away...
just ilmu untuk dikongsi bersama..rugi kalau tak ambik tau kan..

k ada insan bijak nak dengar apa ajid buat..da macam penceramah pon ada ajid ni..ajid berubah..!!amin..



p/s- jangan jadi seorang yang terdesak..nak kawin tahun depan hari ni baru menyimpan..lain la korang kawin mak abah support..hu3..
     - nantikan cara2 menjana keuntungan dengan cara2 lain..da...salam...

Zakat Emas Yang Disimpan
Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.
Pengiraan Zakat = (Jumlah berat emas yg disimpan) x (harga emas semasa) x 2.5%


Zakat Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu.
Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.
Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 – RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

JENIS n BENTUK KELUARAN PUBLIC GOLD


publicgold_logo2
Goldbar (emas 999/24K) 20g
Goldbar (emas 999/24K) 20g
Goldbar (emas 999/24K) 50g
Goldbar (emas 999/24K) 50g
Goldbar (emas 999/24K) 100g
Goldbar (emas 999/24K) 100g
Goldcoin (emas 999/24K) 50g
Goldcoin (emas 999/24K) 50g

publicdinar_logo4
1 dinar (emas 916/22K) = 4.25g
1 dinar (emas 916/22K) = 4.25g
5 dinar (emas 916/22K) = 21.25g
5 dinar (emas 916/22K) = 21.25g
10 dinar (emas 916/22K) = 42.5g
10 dinar (emas 916/22K) = 42.5g
untuk melihat harga pasaran emas gold bar dan dinar semasa, sila layarihttp://www.publicgold.com.my & http://www.publicdinar.com

kena diingat!!


fikirla sendiri

kalau anda semua fikirkan, kenapa boleh terjadi negara yang terlalu miskin atau fakir miskin? adakah mereka itu pemalas? atau adakah mereka itu bodoh? bagi aku, itu bukan jawapannya.
cuba anda bayangkan, jika semua urusniaga dijalankan dgn menggunakan dinar(emas) & dirham(perak), dan digunakan di seluruh dunia, kita tidak akan menghadapi masalah perbezaan matawang.
kita ambik contoh, jika penggunaan dinar & dirham di gunakan di seluruh dunia. kalau di afrika sekilo beras bernilai satu dirham, di malaysia,usa,kanada juga bernilai satu dirham. kita ambik lagi satu contoh, anda bayangkan, kalau dinegara kita, bekerja sebagai seorang tukang kebun, dan pada hujung bulan tukang kebun tu dibayar dengan 5 dinar, dan di Indonesia, jawatan tukang kebun dibayar dengan kadar yang sama sebanyak 5 dinar. apa yang aku cuba nak cakap kat sini adalah, kita membayar pada nilai yang sama,kemahiran yang sama.
jadi, takdelah masalah perbezaan nilai matawang. dan,takdelah masalah ekploitasi ‘FIAT MONEY’

copyright by sifu jeman..

Archive for the ‘Pelaburan Emas’ category


cerita tentang keuntungan apabila terlibat dengan emas Public Gold, mengikut kategori.
kategori pembeli atau pelabur atau penyimpan:
1) bagi kategori ni, best sebab korang dapat pegang emas fizikal, memang best yang aku tak tipu punya. beza kalau beli emas dalam bentuk buku akaun ataupun emas maya, korang cuma dapat pegang buku akaun yang cuma tulis/diprint dengan nombor aje, langsung takde beza ngan buku akaun biasa, langsung tak best.
2) kadar peratusan kenaikan harga yang tinggi setiap tahun. fuh! yang ni semua orang tau, harga emas setiap tahun naik, kita anggarkan kadar kenaikan 25% setahun. waaa… banyak tu. kalau simpan ASB? dividen baru 8~9% geng. tu belum tolak kadar inflasi tahunan tu, entah-entah tinggal 4~5% je dividen korang … hahaha, buat rugi aje.

kategori normal dealer/agen/pengedar public gold:
1) yang bestnya, dapat komisen bila jual emas Public Gold, 1.5% dari hasil jualan, bagi yang tak sabar nak kaya, mungkin akan cakap, “sikit betul”. tapi bagi orang macam aku, “waaa…ini sudah bagus”, sebab, walaupun sikit, tapi tetap duit. hehehehe. contoh: kalau korang jual emas harga RM10,000, korang dapatla komisen RM150.
2) bila jual balik kepada Public Gold, dapat pulak komisen lagi 0.3% dari hasil penjualan balik emas tersebut kepada Public Gold. contoh lagi:
 harga emas yang nak dijual balik RM10,000, komisennya adalah RM30
3) keuntungan dari perbezaan harga jual beli emas Public Gold, ni yang best cerita nih, senario dia camni:
 bila ada customer nak menjual semula emas PG tu kepada anda sebagai agen, anda akan bayar kepada customer mengikut harga ‘we buy’ kan. spread harga emas PG ni 5~6% kan. so,bila ada customer lain nak beli emas yang sama, anda boleh menjual emas tu pada harga ‘we sell’ pulak. ha…. kan banyak tu. contoh lagi nih:
emas 999.9 berat 20 gram.
harga ‘we sell’ = RM2500
harga ‘we buy’ = RM2350
spread harga 6%
untung anda sebagai agen = RM150(kan banyak tu)

kategori master dealer/agen public gold:
1) kategori ni, komisen dia lain macam sikit, dia dapat komisen 2% dari hasil jualan emas. fuh!fuh!fuh!
2) komisen bila jual balik kepada Public Gold adalah 0.5%. fuh!fuh!fuh!
3) boleh melantik normal agen/dealer dibawah tajaannya. fuh!fuh!fuh!
4) memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada agen/dealer dibawah naungannya, (best jadi cikgu kongsi ilmu ni, walaupun mulut sampai berbuih, tapi best)

KESIMPULANNYA:
bila korang terlibat dengan emas PG ni, tak kira apa kategori pun, korang mesti untung. sebab, bila korang beli pun untung, korang simpan pun untung, korang jual, lagilah untung. hehehehe.
sekian…..
nota kaki: aku = muhammad yazid adalah berada dalam kategori Dealer. jadi bagi anda yang ingin membeli emas, atau ingin menjadi dealer/agen, sila hubungi aku di 013-3907789»